Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Pengakuan Bogel Arja Lee ( pelakon Dalam Botol )


Gara-gara kerana kenyataan Arja Lee yang mengakui dirinya memang berbogel di dalam filem '...Dalam Botol', Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat perkara tersebut. Bergantung kepada hasil siasatan Jakim, tindakan yang sewajarnya akan diambil.

Keputusan Jamil dibuat kerana berbogel bukan sahaja salah dari segi moral, walaupun ia hanya untuk lakonan, tetapi juga agama dan undang-undang.

Jelasnya, meskipun adegan tersebut bertujuan untuk mendidik penonton, namun baginya tiada perlunya untuk berbogel bagi mendidik, apatah lagi bila melihat pada para pengkarya negara termasuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjaya menghasilkan banyak filem tanpa perlu berbuat demikian.

Pada Ahad lalu, di dalam artikel 'Ya, memang saya berbogel - Arja Lee', Arja mengakui dirinya berbogel di dalam satu adegan dalam filem arahan Khir Rahman itu. Adegan yang dimaksudkan itu melihat wataknya, Ruby sedang mandi.

Dedah Arja, awalnya, dia ada diberikan seluar dalam warna kulit untuk dipakai bagi menjayakan babak itu. Tetapi kerana tidak selesa dengan keadaan basah ditambah dengan buih sabun, dia meminta kebenaran Khir untuk mandi bogel. Tambahnya lagi, kerana penggambaran dilakukan dari sudut tepi, tidak kelihatan alat sulitnya.

Tatkala ditanya jika tidak malu berbuat demikian, pemilik nama sebenar Azharudin Ramli ini memberitahu dia memang malu dan diakui juga apa yang dilakukan itu bercanggah dengan norma masyarakat. Ditambah pula sebagai seorang Islam dia tahu "hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat".

"Ia berbalik kepada niat dalam hati," jawab Arja sebagai menjelaskan keputusannya untuk berbogel. Katanya, apa yang ingin disampaikan adalah mesej positif iaitu untuk penonton tidak mengikut jejak langkah Ruby yang telah mengorbankan segala-galanya.

P/S : Tajuk asal filem ni ANU DALAM BOTAL tapi kontrovasi so tkar tajuk. Arja Lee ni leh tahan gak mke die tp????

Hot ke???


Semalam sambil-sambil buka internet tibe2 terjumpa la "pic" artis ni bukan men meletop lagi. Lau ikut pada usia mmg da tua kot tapi still mantap hehehe, cam anak dara ag. Dengar citer dulu die ni sakit, skang lak dengar citer da nk bercerai, tapi tgk laman gosip pagi tadi still cakap mereka suami isteri. Emm pe pun tunggu je r cerita baru nannti dalam melodi or galaksi..hehe..Betul la kata orang artis malaysia ni macam-macam ada.

Sunday, July 11, 2010

KATY PERRY TERGILA-GILA "gLee" !!!


Kini semakin ramai yang menyukai rancangan televisyen “Glee”, dan ia juga berjaya menarik minat Katy Perry untuk menonton nye. Ia bahkan ingin terbabit dalam pembuatan rancangan tersebut. Katy telah meminta bantuan kepada peminatnya di facebook, menyokongnya untuk menjadi salah seorang pelakon dalam siri “Glee”. “Tolong, saya ingin sekali seseorang mewujudkan kumpulan di Facebook dan merayu mereka. Saya teringin bermain di Glee,” tulis Katy. Kini musim pertama rancangan sudah berakhir, musim tayang kedua mungkin akan disiarkan sekitar bulan September 2010. Pada musim kedua akan ada 3 karakter baru dan lebih artis jemputan yang dipersembahkan karana banyaknya aktor dan aktris yang menggilai “Glee”.

P/S :sonok tengok pelakon GLEE bernyanyi n menari..ase nk join skali..hehehe

Angelina Jolie Try To Be A Pilot


Maddox merupakan putra pertama pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt, Maddox sangat suka dengan pesawat terbang, setiap Jolie membawanya ke lapangan terbang, maka Maddox akan memperhatikan semua pesawat yang sedang lepas landas. Karena itu Jolie pun berjanji bahwa ia akan bisa menerbangkan pesawat di hari ulang tahun Maddox. Meski tujuannya adalah sebagai kado untuk sang buah hati, namun kini Jolie kecanduan menerbangkan pesawat, ia merasa sangat tenang saat berada di udara. Dan disana ia mempunyai waktu untuk menyendiri.

Siapa boikot mentor akhir 2010 ???

Ramai juga yang bertanyakan kenapa Mas Idayu tidak datang di pertandingan akhir Mentor minggu lepas? Merajuk ke ataupun sengaja tidak mahu datang? Ada yang kata Mas Idayu merajuk. Yalah, tahun lepas dia juara, tahun ni pun mestilah ke final. Tetapi sayang, semuanya 'tidak menjadi', sebab itulah mereka kata Mas Idayu tak muncul gara-gara malu gagal ke final, lantas boikot Mentor akhir.

"Selepas tersingkir dari Mentor tempoh hari, Mas dapat tawaran show di Johor Bahru, jadi Mas pun ambil wang pendahuluannya.

"Bila dah ambil duit orang, show kenalah datang. Takkan kita nak mungkir janjikan? Lagipun Mas tak tahu yang pertandingan akhir itu sama tarikh dengan show di Johor Bahru tu.

"Janganlah salah anggap, cerita yang bukan-bukan. Mana tahu tahun depan TV3 panggil lagi untuk Mentor musim baru," jelas Mas Idayu yang beriya-iya nak terbitkan album protegenya Shaq bagi membuktikan yang protegenya itu boleh menyanyi dan kesungguhan Mas Idayu membantu Shaq biarpun tidak layak ke peringkat akhir Mentor. Niat ikhlas Mas itu patut dipuji, kerana tanggungjawab sebagai mentor tidak berakhir begitu saja.

p/s : tahniah ziana zain $ mohd juara mentor!!! yeahh!!