Friday, August 6, 2010
Natasha Hudson keluar Alibi.
Adakah anda perasan yang semenjak dua ini dia menjaja kisahnya yang dibuang daripada syarikat rakaman Alibi Music? Kononnya pihak Alibi Music tidak profesional sebab tidak mengotakan janji mereka untuk buat single terbaru untuknya. Sekali tue KC Ismail, Ketua Unit Muzik Alibi Music jawap sempoi je:-Semasa malam Konsert Alibi Kosmik pada 15 Januari lalu di Wisma Bentley, Mutiara Damansara, persembahan Tasha mendapat kritikan daripada pihak media dan pihak kami terus mencadangkan agar Tasha mengambil kelas vokal bagi memantapkan mutu vokalnya. Namun, Tasha sering sibuk dan tidak dapat menghadiri kelas vokal sehingga dia menerima kritikan demi kritikan selepas membuat persembahan pada 6 Mei lalu di No Black Tie. Dari situ, kami berpendapat dia belum bersedia untuk menjadi seorang penyanyi, banyak yang perlu dipelajari. Kami khuatir jika single dia ke udara di radio, tahap kualitinya masih sama. Kami mahu dia betul-betul bersedia untuk bergelar penyanyi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment