Tuesday, August 10, 2010

Jee Sertai Sukarelawan Ke GAZA.


Berkali-kali penyanyi yang juga pelakon ini memohon supaya cerita mengenai penyertaannya dalam misi sukarelawan ke GAZA tidak diperbesar-besarkan. Berulang kali juga dia menyatakan, dirinya bukanlah tumpuan utama pada misi berkenaan. Perhatian, kata Fauziah Latiff, atau lebih mesra dengan pangilan Jee, seharusnya diberikan kepada anggota sukarelawan lain yang turut serta. Dihubungi sehari sebelum berangkat ke tanah yang bergolak itu, Jee menegaskan pemergiannya juga bukan kerana status selebritinya yang dipegang. Sebaliknya dia bersetuju untuk sama-sama menyertai 67 sukarelawan lain kerana menyedari, di samping naluri kemanusiaan yang kuat menguasai diri, dia ingin sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kekejaman rejim Israel di Palestin. " Saya melakukan ini untuk kebaikan diri sendiri. Saya ingin sekali melihat, apa yang mampu saya kongsi bersama mereka, serta insan lain juga. Bagaimanapun nanti kita dapat berkongi pengalaman dalam kehidupan, setelah melihat sendiri apa yang ada di depan mata, di sana" katanya.

No comments:

Post a Comment