Friday, August 6, 2010

Rumah tangga Raja Azura goyah??


Raja Azura, 38, menjelaskan kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam Selasa lalu adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bukannya mahu bercerai seperti yang dihebohkan. “Saya mengaku pergi ke Mahkamah Syariah tetapi hanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling mengenai rumah tangga kami,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat, bagi menjelaskan spekulasi kononnya dia memfailkan penceraian Selasa lalu.

Kata Raja Azura, selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga, dia tidak menafikan ada sedikit salah faham yang berlaku tetapi perkara itu merupakan lumrah kepada sesiapa sahaja yang bergelar suami isteri.

Tambahnya, jalan terbaik untuk menangani masalah rumah tangga adalah dengan menemui mereka yang arif dalam bidang agama bagi mendapatkan nasihat.

“Selepas sesi kaunseling kali pertama itu, kami akan mendapatkan nasihat untuk kali keduanya. Selepas itu kita tengoklah hasil yang akan diperoleh berdasarkan kaunseling tersebut,” katanya yang menjelaskan khidmat kaunseling itu diadakan secara tertutup.

No comments:

Post a Comment