Tuesday, August 10, 2010
Kes Saman NABIL Selesai..
Episod mendebarkan membabitkan pelakon komedi Nabil Ahmad bersama SDAF Pictures akhirnya bertemu titik noktah apabila syarikat penerbitan filem LU PIKIRLAH SENDIRI DE MOVIE itu menarik balik kes saman terhadap juara Raja Lawak berkenaan 6 0gos lalu.
ketika membacakan kenyataan ringkas di pejabat peguamnya di Petaling Jaya, hari yang sama, Nabil berkata, syarikat berkenaan bukan saja menarik balik saman yang difailkan malah mereka setuju untuk menyelesaikan baki bayaran yang tertunggak yang sepatutnya diterima, serta kos guaman yang ditanggungnya dalam kes. "Saya gembira pertikaian antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan cara yang baik, lebih-lebih lagi ia datang ketika kita berada diambang Ramadhan di mana kita sebagai umat islam digalakkan untuk bermaaf-maafan," katanya. Akui Nabil kes terbabit tentunya memberi banyak pengajaran berguna buat dirinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment