Tuesday, August 10, 2010

Ameng Sah Positif Ganja.


Mahkamah Majistret semalam, diberitahu spesimen air kencing milik bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng yang dihantar ke Makmal Kimia, Jabatan Patologi HKL disahkan positif ganja. Saksi pendakwaan pertama, Sarjan Halimi Jarkasi,47, berkata spesimen itu milik Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berikutan tertuduh sendiri yang menandatanggani label yang dilekatkan di atas botol berkenaan.

Gleen Meluah Rasa Melalui Album.


Setiap butiran ayat yang diluahkan dari bibirnya penuh simbolik dan tebal dengan aura romantisnya, tidak hairan mungkin ramai gadis menggilai lelaki bernama Gleen fredly. Penyanyi lagu Januari ini tetap berdepan pancaroba apabila rumah tangganya bersama Dwi Sandra pada 2006 dilanda badai hingga tidak mampu diselamatkan dan membiarkannya kedua-duanya hanya kekal sebagai sahabat baik. Bagi penyanyi ini, tumpuan kini lebih terarah kepada album LOVEVOLUTION selain syarikat rakamannya sendri, RAMERAME PEOPLE MUSIC. "Album ini adalah himpunan pengalaman serta ekspresi mengenai apa yang saya lihat, rasa dan lalui di industri seni sejak 15 tahun lalu," katanya.

Jee Sertai Sukarelawan Ke GAZA.


Berkali-kali penyanyi yang juga pelakon ini memohon supaya cerita mengenai penyertaannya dalam misi sukarelawan ke GAZA tidak diperbesar-besarkan. Berulang kali juga dia menyatakan, dirinya bukanlah tumpuan utama pada misi berkenaan. Perhatian, kata Fauziah Latiff, atau lebih mesra dengan pangilan Jee, seharusnya diberikan kepada anggota sukarelawan lain yang turut serta. Dihubungi sehari sebelum berangkat ke tanah yang bergolak itu, Jee menegaskan pemergiannya juga bukan kerana status selebritinya yang dipegang. Sebaliknya dia bersetuju untuk sama-sama menyertai 67 sukarelawan lain kerana menyedari, di samping naluri kemanusiaan yang kuat menguasai diri, dia ingin sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kekejaman rejim Israel di Palestin. " Saya melakukan ini untuk kebaikan diri sendiri. Saya ingin sekali melihat, apa yang mampu saya kongsi bersama mereka, serta insan lain juga. Bagaimanapun nanti kita dapat berkongi pengalaman dalam kehidupan, setelah melihat sendiri apa yang ada di depan mata, di sana" katanya.

Kes Saman NABIL Selesai..


Episod mendebarkan membabitkan pelakon komedi Nabil Ahmad bersama SDAF Pictures akhirnya bertemu titik noktah apabila syarikat penerbitan filem LU PIKIRLAH SENDIRI DE MOVIE itu menarik balik kes saman terhadap juara Raja Lawak berkenaan 6 0gos lalu.
ketika membacakan kenyataan ringkas di pejabat peguamnya di Petaling Jaya, hari yang sama, Nabil berkata, syarikat berkenaan bukan saja menarik balik saman yang difailkan malah mereka setuju untuk menyelesaikan baki bayaran yang tertunggak yang sepatutnya diterima, serta kos guaman yang ditanggungnya dalam kes. "Saya gembira pertikaian antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan cara yang baik, lebih-lebih lagi ia datang ketika kita berada diambang Ramadhan di mana kita sebagai umat islam digalakkan untuk bermaaf-maafan," katanya. Akui Nabil kes terbabit tentunya memberi banyak pengajaran berguna buat dirinya.

Friday, August 6, 2010

Ibu Enrique Yang HOT!!

Mungkin ramai tak mengetahui, ibu kepada Enrique sebenarnya telah mencecah hampir 60 thun tetapi masih kelihatan seperti anak dara. PEEWIIT.hahah..mungkin ade yang melihat dua beranak ni bergurau mesra dan menyangka itu kekasih Enrique. Untung Enrique!!! Lihat gambar ibu kepada penyanyi lagu "takin back my love" ni..;)

Natasha Hudson keluar Alibi.


Adakah anda perasan yang semenjak dua ini dia menjaja kisahnya yang dibuang daripada syarikat rakaman Alibi Music? Kononnya pihak Alibi Music tidak profesional sebab tidak mengotakan janji mereka untuk buat single terbaru untuknya. Sekali tue KC Ismail, Ketua Unit Muzik Alibi Music jawap sempoi je:-Semasa malam Konsert Alibi Kosmik pada 15 Januari lalu di Wisma Bentley, Mutiara Damansara, persembahan Tasha mendapat kritikan daripada pihak media dan pihak kami terus mencadangkan agar Tasha mengambil kelas vokal bagi memantapkan mutu vokalnya. Namun, Tasha sering sibuk dan tidak dapat menghadiri kelas vokal sehingga dia menerima kritikan demi kritikan selepas membuat persembahan pada 6 Mei lalu di No Black Tie. Dari situ, kami berpendapat dia belum bersedia untuk menjadi seorang penyanyi, banyak yang perlu dipelajari. Kami khuatir jika single dia ke udara di radio, tahap kualitinya masih sama. Kami mahu dia betul-betul bersedia untuk bergelar penyanyi.

Tiada Jodoh


Malunya diri ini kerana agak lambat menulis mengenai putus cinta Zahid AF dan Nita Malaysia Idol ini. Maafkan kami. Memang kami nak tulis tapi asyik terlupa je. Biasalah kan manusia? Kedua-dua pasangan kekasih ini disahkan putus cinta pada 28 Jun yang lalu selepas memadu asmara selama 2 tahun 8 bulan.“memang kami berdua dah tak ada jodoh. Orang bercinta tujuh, sembilan tahun pun boleh putus, orang yang dah kahwin pun boleh cerai, inikan pula hubungan kami.

“Hubungan kami berakhir pada 28 Jun yang lalu. Kami putus pun melalui Blackberry Messanger (BBM). Apa yang boleh saya katakan, ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan.

“Kalau boleh saya nak simpan segala kenangan manis kami bersama. Kalau banyak cakap, nanti ada pula pihak yang tak senang hati.”

“Biasalah. Mana-mana perhubungan pun, pasti ada yang bergaduh. Dua minggu sebelum kami putus, kami ada bergaduh, tapi tak ada lah teruk. Mungkin dah sampai masa hubungan kami berakhir.”