Monday, July 12, 2010
Pengakuan Bogel Arja Lee ( pelakon Dalam Botol )
Gara-gara kerana kenyataan Arja Lee yang mengakui dirinya memang berbogel di dalam filem '...Dalam Botol', Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat perkara tersebut. Bergantung kepada hasil siasatan Jakim, tindakan yang sewajarnya akan diambil.
Keputusan Jamil dibuat kerana berbogel bukan sahaja salah dari segi moral, walaupun ia hanya untuk lakonan, tetapi juga agama dan undang-undang.
Jelasnya, meskipun adegan tersebut bertujuan untuk mendidik penonton, namun baginya tiada perlunya untuk berbogel bagi mendidik, apatah lagi bila melihat pada para pengkarya negara termasuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjaya menghasilkan banyak filem tanpa perlu berbuat demikian.
Pada Ahad lalu, di dalam artikel 'Ya, memang saya berbogel - Arja Lee', Arja mengakui dirinya berbogel di dalam satu adegan dalam filem arahan Khir Rahman itu. Adegan yang dimaksudkan itu melihat wataknya, Ruby sedang mandi.
Dedah Arja, awalnya, dia ada diberikan seluar dalam warna kulit untuk dipakai bagi menjayakan babak itu. Tetapi kerana tidak selesa dengan keadaan basah ditambah dengan buih sabun, dia meminta kebenaran Khir untuk mandi bogel. Tambahnya lagi, kerana penggambaran dilakukan dari sudut tepi, tidak kelihatan alat sulitnya.
Tatkala ditanya jika tidak malu berbuat demikian, pemilik nama sebenar Azharudin Ramli ini memberitahu dia memang malu dan diakui juga apa yang dilakukan itu bercanggah dengan norma masyarakat. Ditambah pula sebagai seorang Islam dia tahu "hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat".
"Ia berbalik kepada niat dalam hati," jawab Arja sebagai menjelaskan keputusannya untuk berbogel. Katanya, apa yang ingin disampaikan adalah mesej positif iaitu untuk penonton tidak mengikut jejak langkah Ruby yang telah mengorbankan segala-galanya.
P/S : Tajuk asal filem ni ANU DALAM BOTAL tapi kontrovasi so tkar tajuk. Arja Lee ni leh tahan gak mke die tp????
Labels:
Entertainment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment