Sunday, July 11, 2010

Siapa boikot mentor akhir 2010 ???

Ramai juga yang bertanyakan kenapa Mas Idayu tidak datang di pertandingan akhir Mentor minggu lepas? Merajuk ke ataupun sengaja tidak mahu datang? Ada yang kata Mas Idayu merajuk. Yalah, tahun lepas dia juara, tahun ni pun mestilah ke final. Tetapi sayang, semuanya 'tidak menjadi', sebab itulah mereka kata Mas Idayu tak muncul gara-gara malu gagal ke final, lantas boikot Mentor akhir.

"Selepas tersingkir dari Mentor tempoh hari, Mas dapat tawaran show di Johor Bahru, jadi Mas pun ambil wang pendahuluannya.

"Bila dah ambil duit orang, show kenalah datang. Takkan kita nak mungkir janjikan? Lagipun Mas tak tahu yang pertandingan akhir itu sama tarikh dengan show di Johor Bahru tu.

"Janganlah salah anggap, cerita yang bukan-bukan. Mana tahu tahun depan TV3 panggil lagi untuk Mentor musim baru," jelas Mas Idayu yang beriya-iya nak terbitkan album protegenya Shaq bagi membuktikan yang protegenya itu boleh menyanyi dan kesungguhan Mas Idayu membantu Shaq biarpun tidak layak ke peringkat akhir Mentor. Niat ikhlas Mas itu patut dipuji, kerana tanggungjawab sebagai mentor tidak berakhir begitu saja.

p/s : tahniah ziana zain $ mohd juara mentor!!! yeahh!!

No comments:

Post a Comment